Mimpi Dulu

Mimpi dulu 
Sering menghantui
Mengimbau kembali
Kenangan cinta lama
Yang tak kesampaian
Dek penangan ego 
Dan prasangka
Dek penangan rasa kurang pasti
Dan galangan yang ada
Walau tak sebesar mana
Mampu menggugah kedambaan
Mampu mencabar kesetiaan
Malangnya tak mampu
Meroboh tembok keegoon
Di dokong penyata 
Helah bela diri
Berbaur prasangka
Mimpi yang mampu 
Menjadi nyata
Akhirnya tersandung 
Di persimpangan
Menjadi mimpi 
Yang berpanjangan...

Terima kasih sahabat

Terima kasih wahai sahabat
Atas teguran panjang melebat
Terima kasih atas perhatian
Ingatan yang tulus penuh keikhlasan
Kita jarang bertegur sapa
Apatah lagi berpantun seloka
Namun dalam diam dikau menyapa
Meluruskan yang bengkok
Meratakan yang tidak sekata

Aku tau niatmu suci
Walau kata-katamu tajam sekali
Tanganku ini perlu kau sambar
Sebelum aku jauh tersasar
Kata-katamu akan ku ingat
Ku jadikan penawar buat pengubat
Kerana nyata masih ada seorang sahabat
Yang sudi menegurku walaupun berat...

Happy Birthday to Me!!!

...and I am the Queen...

Oooo GOD...
It's my Birthday!!!

I'd better find those old jumpsuit
I'd better start to sway
The treadmill is getting dusty
The jump rope is getting thin
I've got to ride that old mountain bike
With all those rusty chain

The steps I take is getting slower
My body start to frail
Where all those energies gone
When the stamina went array
What happen to my metabolic rate
That use to be so high
Now it seem to be faded away
When the number turns to null

How am I supposed to eat the pasta
When Mr Fats are still here
Do I have to punch them out by force
With those dumb bells by the ear
Do I have to take a hike
To the mountain far away
So I can come back later
To enjoy those lovely buffet

Oh Dear! Oh Dear!
How I wish I'm a lot thinner
To taste my birthday cake
I know I am growing older
But the wiser part is still half baked....

 

Januari 12 2017

Aidil Adha 2016

AidilAdha di Genting Highlands

Kepada sahabat2 dan handai taulan ku sekelian...

 

Sekiranya ini merupakan aidil adha terakhir aku di sini

Ku pohon redha kan lah segala makan minum ku yg pernah kau tampungkan dahulu...

Ku pohon redhakan lah segala tutur bicara ku yg pernah mengguris hati mu...

Ku pohon redha kan lah segala tingkah laku ku yang menyinggung perasaanmu...

 

Sesugguhnya kalian semua begitu besar artinya dalam hidupku...

Kalian lah peneman setia dalam suka dan dalam duka

Pendokong dan penjaga dalam bahagia dan dalam derita

Pembimbing dalam menempuh dugaan dan menuju jaya

Pencabar dan pembakar semangat dalam menempuh kegagalan dan sumber tenaga

 

Pemberiku semangat dan kekuatan

Pendorong dalaman dan luaran

Penyokong dan pelindungku dalam nyata dan dalam rahsia

 

Ampuni dosa-dosaku

Ampuni ketelanjuranku

Ampuni salah silapku...

 

Telah ku ampuni dosa2mu

Telah ku halalkan segala-gala yang telah ku kongsikan bersamamu

Aku sayang kalian semua

 

Selamat Hari Raya Aidil Adha daripada ku untukmu

 Sahabat2 dan handai taulanku...

 

September 12, 2016

Salam Penghujung Aidil Fitri

Aidil Fitri 2016

Salam Silaturahim Di Terakhir Aidilfitri

 

.. *Buat Keluarga Ku*

Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidupku

 

.. *Buat Yang Tersayang*

Ku Pohon Kemaafan Jika Pernah Menyakiti Hatimu

 

.. *Buat Kawan-Kawan*

Maaf Kalau Ada Kesilapan dan Kesalahan, Tak Disengajakan

 

.. *Buat Sahabat*

Jangan Lupakan Daku, Bila Nanti Kita Terpisah

 

.. *Buat Yang Tak Sependapat*

Maaf Bila Selama Ini Daku Salah Dimata Kamu

 

.. *Buat Yg Sayang Padaku*

Aku Juga Menyayangi Kamu ..bahkan lebih dari itu...

 

.. *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Ku*

Terima Kasih Kerana telah Mengajar ku Bagaimana Untuk Terus Bersabar...

 

.. *Buat Yang tidak mengenaliku*

Terima Kasih kerana Setia menyimpan namaku dalam Contact mu...

Terima Kasih Semua kerana hadir Dalam Hidup Ku

Taqabbalallah..

 

*MAAF ZAHIR DAN BATIN*

 

Ogos 3, 2016

Maafkan Aku (Aidil Fitri 2013)

Kenangan beraya di rumah Achu

Aku manusia biasa,

banyak dosa,

maafkan aku andai kau terguris dengan kata-kata,

dengan bahasa,

atau dengan tingkahku…

 

Aku tidak sempurna,

aku banyak dosa,

mungkin terlalu banyak khilaf yang telah dibuat,

maafkan aku…

 

Aku redha,

bila-bila sahaja Allah boleh mengambil nyawaku...

 

Kadang terfikir tuk berhenti berkata,

berhenti bertingkah, berhenti bersuara,

tapi, inilah aku,

buruk atau baik,

inilah hakikat dan bukti,

aku pernah hidup bersamamu…

 

Kisah hidup aku,

yang baik jadikan teladan,

yang buruk jadikan sempadan...

 

Kisah cintaku penuh duka,

hanya Allah pengubat segalanya…

 

Cinta ku hanya satu,

tak pernah berubah laku…

 

Hidup bagiku bukan perjalanan mudah,

tetapi aku harus terus tersenyum,

meskipun hari malamku dihiasi air mata…

 

Aku pasti,

Allah akan memberikan ilham,

jalan keluar dari segala kedukaan…

 

Aku mahu percaya,

aku akan berjaya…

 

Moga dapat ku lihat hadiah Allah di mana-mana…

 

Aku tau,

Allah tau,

aku dah melakukan yang terbaik…

 

Aku tau,

walau berkali,

ku merasakan kesakitan yang tidak tertanggung,

tapi,

ku pujuk hati, ku pujuk diri,

untuk tidak berhenti dan tidak mati sebelum ajal…

 

Aku harus teguh hati!

Harus yakin pada janji Tuhan….

 

Ya Allah…

Atas kebaikanku yang tidak seberapa,

berikanlah kebahagiaan dan ketenangan,

buat kedua ibu bapaku…

 

Berikan kejayaan buat adik-adikku dan

keselamatan buat anak dan keluargaku…

 

Berikan kejayaan buat pembimbingku,

sahabat-sahabat ku,

anak-anak didikku,

buat semua yang mengenali diri ku…

 

Kuatkanlah hati mereka,

untuk menerima ujian Mu,

dengan hati yang terbuka,

murahkan rezeki mereka,

jauhkan mereka dari sifat dengki dan buruk sangka,

kerana aku sayangkan mereka semua…

 

 Aku maafkan semua orang yang pernah menyakitiku,

secara sedar atau tidak sedar…

 

Aku lepaskan semua rasa sakit yang lalu dengan tangan terbuka…

Aku maafkan orang yang menfitnahku…

Aku maafkan orang yang mungkir janji padaku…

Aku maafkan orang yang menganiayaiku...

Aku maafkan orang yang melukakan hatiku…

Aku maafkan semuanya…

Aku halalkan semuanya...

 

Semua kenangan kita bersama akan tersemat di jiwa,

dan aku akan pergi bila tiba masanya…

 

Andai kalian ingat pada aku,

Doakan aku berjaya di alam yang Allah tentukan buatku…

Doakan agar Allah kurangkan azab kuburku…

Doakan agar aku diberi syafaat Nabi Muhammad s.a.w...

Doakan syurga buatku…

 

Tolong tengok-tengokkan kedua orang tuaku,

adik-adikku, anak dan keluargaku, untuk ku…

 

Aku teringin mengecapi kebahagiaan,

melahirkan generasi dari rahim sendiri,

tetapi, itu semua ketetapan Tuhan…

 

Aku redha…

Selagi nafas masih ada,

aku akan berusaha bersungguh2 menghabiskan tugas dan tanggungjawabku,

selama masih menghuni dunia…

Khatamkan Quranku…

Menggembirakan mereka yang menyayangiku...

 

Aku takkan mengalah,

selagi belum terhenti nafas kurniaan Tuhan,

Aku akan terus berusaha …

 

Andai aku harus pergi,

 MAAFKANLAH AKU…

 

Julai 14, 2016

Lagi?

Klik di sini untuk ke laman seterusnya...