Aduh lah hai...

Ada.... tapi macam takde

Cepat... tapi macam makin lambat

Mudah... tapi rasanye macam makin menyusah

Itu hakikat yang jadi hakiki
Fikiran yang dulu kononnya cerdik 
Dah jadi berkarat
Dah jadi berdaki

Orang kata ICT
Kita sahut ICT
Orang kata teknologi
Kita sahut teknologi
Tapi apa yang dah jadi

Paperless jadi hopeless
Wireless jadi meaningless

Konon teknologi menjimatkan ruang
Kita menambah daripada membuang
Konon teknologi menjimatkan masa
Kita terkesima dek maklumat tak cukup rasa
Konon teknologi mengurangkan bebanan
Kita terduduk dek paperwork yang tak kunjung berkurang

Belum ditambah masa yang terbuang
Mengisi laporan yang tak kunjung lepas
Dek server lemah lembut yang macam siput
Dek trafik internet yang menyesak macam ribut

Inilah hakikat menuntut ilmu
Ala-ala Pendekar Bujang Lapok
Belum sempat khatam 
Tok Guru dah kene tanam
Kesiaaaaaaaaaaaaan....

Gadjet dan Net

 Generasi Gadjet

Generasi Net
Generasi Y 
Generasi Z
Kebanyakannye fluffy
Sikit je yang kenit
Kiblatnya hp pc dan tablet...

Kalau berjalan tunduk je ke bawah
Bukannya sopan tapi menelaah
Ruang gosip tohmah bida'ah
Tempat merujuk tempat mentela'ah
Dihadam dihayati kemudian diterjemah
Untuk dishare direply ditokok tambah...

Bagi yang bijak mengambil peluang
Gadjet dan Net menjadi ruang
Melabur berniaga berbakti berjuang
Meningkat taraf pelbagai bidang
Keburukan dan fitnah dapat digalang
Dek tersebarnya snap rakaman terlarang
Yang dapat diakses dari petualang
Membongkar kebenaran dakwaan sebarang...

Ilmu disebar dikongsi bersama
Untuk memanfaat friend dan liker
Pertukaran fikiran perkongsian idea
Semuanya bebas terbuka belaka
Fakta tak jelas fakta tak nyata
Berbaur fitnah berbaur nista
Dapat digalang dapat diseka
Walau lambat pastikan terbuka...

Kalau hater masuk menyusup
Membuat onar di dalam group 
Pasti tersandar bila dicekup
Ke dalam daging maklumat disekop
Bakal tak aman selama hidup
Personal dan family info habis diselungkup
Merana bersembunyi takut diserkup...

Gadjet dan Net bukannya tak baik
Terpulang pada pengguna yang cerdik
Medan dakwah medan mendidik
Membina ukhuwah berbaik-baik
Menemu yang terpisah kawan sahabat abang dan adik
Penyatuan ummah kumpulan secara terdidik
Rasa seperti adik beradik...

Gadjet dan Net boleh dimanfaatkan
Untuk keluarga suami isteri dan tuan
Menyemak kedudukan orang tersayang
Pekerja pengikut bawah pemerhatian
Perbuatan khianat penipuan kehilangan 
Boleh dikongsi disebar luaskan
Bagi mendapat perhatian dan bantuan
Ingatan kepada yang bakal dimangsakan
Agar tak terjerumus sama dek termakan umpan...

Segalanya terpulang kepada diri
Pilihan terletak di minda sendiri
Mendapat celaka atau diberkati
Tepuk dada tanyalah hati...

Tular

Tular

 Zaman ni zaman viral

Kenyataan tersebar tanpa aral
Walau fitnah berleluasa
Kebenaran terbongkar sekelip mata
Berhati-hati dalam tindakan
Tak sempat berundur ke pangkal jalan
Onar tercipta di bawah sedar
Bisa tersebar menjadi tular
Puas dimaki barulah tahu
Cerita berbeza tohmahan melulu
Tak pasal menanggung dosa penyebar
Memfitnah menganiaya manusia sabar

Jangan alpa dengan anugerah
Ujian Allah yang paling mudah
Jati diri hilang dek onar manusia
Sanggup menganiaya demi dunia
Hukum Tuhan dibolak-balik
Demi menyokong fakta tak cerdik
Lupa pesanan baginda tercinta
Allah tak benar guna agama
Demi mencapai matlamat dunia
Hingga menafi hak sesama manusia

Walau nampak seperti dibiarkan
Kejayaan datang tanpa penghalang
Onar dibuat sewenang-wenang
Tetap lepas tetap berjaya di segala bidang
Kuasa yang kecil dianggap penting
Dahagakan pujian laparkan pengiring
Pantang ditegur mula menggelepar
Mata dibutakan telinga tuli dari mendengar

Menghina menghukum memang seronok
Bila kuasa letak di tangan
Lupa tempat di mana duduk
Diri masih seorang insan
Hamba hina ciptaan Allah
Dari sebusuk-busuk tanah
Alpa seketika dengan anugerah
Yang bila-bila masa boleh dirampas Allah

Wahai diri ingatlah ini
Syukuri atas dugaan diberi
Biar buruk di sebaliknya indah
Daripada cantik membawa padah
Syukuri Allah masih mengingati
Agar tak tersasar langkah kaki
Ke lembah hina di kemudian nanti
Dek anugerah yang tak seberapa
Amalan terpadam dek cinta dunia...

Fitnah Siber

 Jangan sebar fitnah

Kalau fakta belum sah
Butang share yang ditekan
Nampak takde apa-apa
Tapi ketahuilah kenyataan
Fitnah dah tersebar merata

Apatah lagi kalau yang terbabit 
Dengan kita takde sabit
Tak pasal-pasal aibnya diungkit
Tersebar merata sampai ke langit

Terdetik keluhan hatinya meruntun
Celaka kita dek bencana turun
Allah mendengar doa dan keluhan
Hamba difitnah mangsa penganiayaan
Tiada hijab tiada sekatan
Ke langit ketujuh direct doa kedengaran
Dan-dan bala kepada kita, Tuhan turunkan

Mungkin benar perkara tersebar
Bukan hak kita menghukum mencabar
Allah lindungi aib hambanya
Jangan nanti terdedah aib kita
Dek angkara murkaNya

Berbaik sangka sesama ummah
Teguran diberi perlu berhemah
Aib dijaga privasi dihormat
Baru sejahtera hubungan sejagat...

Wallahu'alam

Belief System

A dedication to the millennial generations

Belief system...

What is your belief system?
Is it based on the truth?
Is it based on the fact?
Is it based on the evidence?

People always believe what they like to believe
People will not believe what they do not like to believe
People will only believe things
If they believe it
Even if the things they believe in
might not be the truth...

Belief system is actually
Based on conjecture
That is
Based on speculation
Based on surmise
Based on notion
Suspicion
Presumption
Assumption
Inference
Extrapolation
Ext ext ext...

So
You can believe 
What you want to believe
Based on things 
That you like to believe
Forget about the truth
Forget about what if 
It might not be portrait as what it is

But
Be extra careful
Of what you believe
Of what you want to believe
Of what you need to believe

Be extra careful 
Of what you see
Of what you hear
Of what you read

From pictures, videos, mass and social media
Cause what will happen next will goes back to you

As a misinterpretation
A mis-speculation
A mis-notion
Suspicion, presumption and assumption
Of a certain situation
May cause a destruction
A disaster towards people, organization and nation.

~Knor G.Highlands~
Dec 16, 16

 

Dunia Siber...

Generations gap...

Heran!

Bengang!

Bosan!

 

Katanya nak kongsi idea...

Katanya nak kongsi petua...

Katanya nak kongsi cerita...

 

Tapi...

Kene tekan sini dulu,

Kene tekan sana pula,

 

Masuk webpage...

Berserabut iklan!

Berserabut arahan!

Berserabut bahan!

Yang takde kene mengena...

 

Tup! Tup!

Hp anda diserang virus katanye...

Klik antivirus untuk bersihkan katanye...

 

Last-last!

Cerita entah ke mane

Petua hilang linknye

Idea tinggal idea

 

Kalau nak... cerita je...

Nak bagi petua...senaraikan je...

Nak bagi idea... katakan je...

Tak boleh ke?

 

Kononnya nak bagi suspen

Tapi entah hape-hape!

BENGONG BETUL...

DUNIA CYBER...

 

(Rungutan si Baby Boomer...)

 

 

Oktober 8, 2016

Lagi?

Klik di sini untuk ke laman seterusnya...