Sendiri

Sendiri... 
Tanpa bayang...
Menuju sasaran... 
Kian kelam.
Tiada nilai...
Hilang harap...
Punah sandaran.
Kerna...
Jalan semakin pudar arahnya...
Jejak semakin hilang kesannya...
Tepian duduk semakin terang cahayanya...
Penghujung tuju semakin malap sinarnya.
Hilang sudah rasa...
Pudar sudah jasa...
Makin terasa nikmat keberadaan...
Makin kalut rasa kebertanggung jawaban.
Yang tinggal kini...
Hanya rasa sayang...
Yang kian pudar nilainya...
Yang kian kelat rasanya...
Yang semakin menyukarkan...
Yang lebih menyusahkan...
Yang cukup memenatkan.

Qada dan Qadar

Tuhan
Besar sangat agaknya dosaku
Sehingga bebanan yang harus ku pikul ini
Semakin membebankan jiwa
Kian menyesakkan dada
Sehingga tak nampak langsung akan kurangnya
Malah semakin terasa tekanannya

Tuhan
Apakah aku tak layak 
Untuk merasa bahagia
Untuk merasa dicinta
Untuk merasa diharap
Untuk merasa dirindu
Bukan diketepikan sebegitu
Yang hanya disentuh bila terpaksa
Yang hanya dijenguk bila digesa
Yang hanya diingati bila yang lain tiada

Tuhan
Apakah ini pilihanku
Ataukah ini ketetapanmu
Yang jelas tertulis 
Kisah mula dan akhirnya
Khusus buat hidupku...
Yang setiap babaknya
Tiada bahagia 
Tiada senang 
Hanya bebanan
Hanya kesukaran
Yang menyesakkan
Yang menyakitkan
Yang memenatkan
Jiwa, roh dan perasaan

Kuatkah...

Kuatkah lagi
Untuk menahan rasa
Untuk mengarah usaha
Untuk memberi ruang
Untuk membuka peluang
Demi kasih yang kian pudar
Demi sayang yang kian kucar
Demi rasa yang kian bubar

Perlukah lagi daya
Untuk menggapai rasa
Untuk menitip kasih
Untuk mengharap sayang
Yang semakin susut nilainya
Yang semakin pudar bayangnya
Yang semakin jauh jarak duduknya

Perlukah lagi doa
Yang mengharap jasa
Untuk membuka jalan
Untuk memimpin tangan 
Untuk menguatkan jasad dan dada
Menempuh onak yang semakin membisa
Merempuh ombak yang semakin melanda
Merempuh ribut yang semakin mengganas
Walau tidak jelas keberadaannya
Tapi jelas menyesakkan dada
Melemaskan rasa
Menyakiti hati, perasaan dan jiwa.

Hingga Bila

Sehingga bila harus bertahan
Dalam kapal yang penuh muatan
Dengan layar yang longgar ikatan
Pendayung mendayung kian menyonsang
Air dalam berombak kencang
Tiupan angin meribut datang
Menghempas diri ke pulau terpencil
Tinggal seorang menahan gigil
Menanti jengukkan yang dipaksa-paksa
Mengharap kasih yang tiada rasa
Mengharap sayang seribu belahannya
Sedarkan diri letak duduknya
Bukan keutamaan tiada keperluan
Hanya dengan bersandarkan janji
Keperluan dipenuhi separuh hati
Kenyataan berputar 360 darjah
Demi menegakkan pelbagai hujah
Menegakkan yang salah
Memutarkan yang mudah
Sudah sudahlah mengharap
Sebelum diri jatuh tertiarap
Hendak mengorak langkah terikat
Dek bebanan lama yang tak kunjung terluak
Bahagia bukan milikmu
Duka lara itu rasanya yang tertulis perlu...

Bukan Untukku

Bahagia
Suka
Gembira
Ceria
Mewah
Mudah
Senang
Jaya
Tiada makna
Hanya mimpi
Takkan sampai
Bukan realiti
Hanya ilusi

Semuanya
Hanya layak
Untuk dia
Mereka
Sesiapa saja
Tapi
Bukan aku
Bukan diriku
Bukan kepunyaanku...

Kerana Dia
Aku terima
Kerana Dia
Aku redha
Kerana Dia
Aku terpana
Apa yang pasti
Mimpi indah
Tak jadi nyata
Kesedihan tiada kesudahannya
Kesukaran kian hari kian menekan
Kepedihan menjadi ulam kehidupan

Memang agaknya aku tak layak
Mendepani hidup seperti yang lain
Mengharap bahagia tapi dipermain
Hak milik perlu di bahagi di agih di gilir

Bukan itu semua atas kehendakNya
Semuanya berlaku atas izinNya

Nyata kini ku kenali diri
Bukan tercipta untuk diberkati
Kehadiran dibenci tanpa diizini
Tertulis duka kesekian kali
Terlepas segala keburukan diri
Jangan didokong jangan diberi
Mungkin membawa kealpaan diri
Bakal merosak siapa yang menghampiri
Maka seharusnya
Di dunia di pinggir di akhirat tak dipeduli...

Kerana Dia...

Kerana Dia
Aku terima
Kerana Dia
Aku redha
Kerana Dia
Aku terpana
Apa yang pasti
Mimpi indah
Tak jadi nyata
Kesedihan tiada kesudahannya
Kesukaran kian hari kian menekan
Kepedihan menjadi ulam kehidupan

Memang agaknya aku tak layak
Mendepani hidup seperti yang lain
Mengharap bahagia tapi dipermain
Hak milik perlu di bahagi di agih di gilir

Bukan itu semua atas kehendakNya
Semuanya berlaku atas izinNya

Nyata kini ku kenali diri
Bukan tercipta untuk diberkati
Kehadiran dibenci tanpa diizini
Tertulis duka kesekian kali
Terlepas segala keburukan diri
Jangan didokong jangan diberi
Mungkin membawa kealpaan diri
Bakal merosak siapa yang menghampiri
Maka seharusnya
Di dunia di pinggir di akhirat tak dipeduli...

Tuhan...apakah aku...?

Tuhan
Besar sangat agaknya dosaku
Sehingga bebanan yang harus ku pikul ini
Semakin membebankan jiwa
Kian menyesakkan dada
Sehingga tak nampak langsung akan kurangnya
Malah semakin terasa tekanannya

Tuhan
Apakah aku tak layak 
Untuk merasa bahagia
Untuk merasa dicinta
Untuk merasa diharap
Untuk merasa dirindu
Bukan diketepikan sebegitu
Yang hanya disentuh bila terpaksa
Yang hanya dijenguk bila digesa
Yang hanya diingati bila yang lain tiada

Tuhan
Apakah ini pilihanku
Ataukah ini ketetapanmu
Yang jelas tertulis 
Kisah mula dan akhirnya
Khusus buat hidupku...
Yang setiap babaknya
Tiada bahagia 
Tiada senang 
Hanya bebanan
Hanya kesukaran
Yang menyesakkan
Yang menyakitkan
Yang memenatkan
Jiwa, roh dan perasaan

Bengang

 Bengang...

Bergurau biar bertempat
Guna fakta data nan tepat
Bukan semua boleh dilibat
Iman agama usah digugat

Perintah Allah jangan dipinggir
Dicebik dicemuh sementelah disindir
Pencipta tinggi tempat duduknya
Tak setaraf pakcik datuk sedara

Perintah turun tuk dipatuhi
Bukan dipertikai diejek dikeji
Konon tercipta di zaman nabi
Dah tak sesuai tuk masa kini

Siapa kita tuk mendakwa-dakwi
Seolah setaraf pengetahuan Illahi
Nyawa semutpun tak mampu nak beri
Nak memangkah perintah azali

Ilmu yang ada di dalam minda
Jangan sangka dah cukup besar
Itu semua milik Allah Taala
Bila-bila masa boleh diambil semula

Jangan takbur dek ramai pengikut
Konon penyokong fakta disebut
Takat menyokong membawa rebah
Bertahan bagai sarang labah-labah
Lebih baik tak payah...

Amalan

 Setiap perbuatan 

Setiap amalan
Berlandaskan hati
Berlandaskan niat
Berlandaskan pandangan
Berlandaskan tanggapan

Baik perbuatannya
Maka baiklah punca hatinya
Positif tanggapan dan pandangannya
Dan ikhlas segala niatnya

Buruk tingkahnya
Maka hati yang rosak tempat asalnya
Pandangan serong tanggapannya
Perlu dipertikai niat di sebaliknya

Baik yang kenampakan pada perbuatan
Namun jika bersandar hati yang rosak
Pada niat yang retak dan pandangan negatif dan bertanggapan buruk
Maka buruk lah jadi perbuatan tersebut

Keikhlasan itu mahal
Ketertiban itu sukar
Jika hati bersih tidak disandar
Kebiasaan baik tidak di amal
Semuanya demi Allah Azzawajalla...

Dedaun Hujau

 Hijau

Dedaun berzikir di subuh pagi
Di celahan pepohon tegak berdiri
Di balik gunung-ganang nan tinggi
Tatkala suria masih menyepi
Menanti kitaran hari berubah lalu
Seperti hari-hari terdahulu
Tenang menanti angin meniup laju
Membawa titisan hujan penyembuh layu...

Namun 
Hijaumu pepohon semakin pudar
Dek selitan kekuningan samar-samar
Merobah segar dedaun waktu
Menjadi kering sesudah layu
Terlepas sudah pegangan erat
Ke rumput di bumi tempat mendarat...

Apakah kan ada kuntuman muncul
Petanda bebuah bakal menyusul
Mewangi harum menghambat jiwa
Membawa bersama warna ceria
Yang mekar segar penuh bahagia...

Dedaun layu tunduk menyepi
Menunggu masa di hambat pergi
Membuka ruang mengorban diri
Agar kuntuman tumbuh berseri...

Perginya dedaun luput menghilang
Tiada jejak tiada kesan
Disapu disisih ke hujung laman
Lalu dibakar dimusnahkan

Ke tanah hitam kesanmu ditabur
Membaja pepohon muda nan subur
Hasil benihan buah yang jatuh
Tebaran unggas yang singgah berlabuh

Lebah hinggap bebunga layu
Gugur ke tanah mengikut jejakmu
Membawa bersama warna ceria
Pudar dimamah edaran masa
Nasib bebunga tak jauh bezanya
Walau cantiknya tidak terkata
Mewangi harum penyegar buana
Tiba masa kan disingkir jua...

Penyakit Hati

 Bila hati penuh benci

Segalanya jelek segalanya dikeji
Yang indah yang baik tolak ke tepi
Khilaf dan salah saja diperhati

Bila hati penuh hasad 
Segala usaha pasti disekat
Ruang dan peluang luas dibuka
Agar kebajikan dihalang diseka

Bila hati riak dan takjub
Rasa diri berkuasa dan agung
Yang lain dilihat kecil dan hodoh
Tak layak bersama duduk sepunggung

Bila hati rasa berkuasa
Menentu hak kemudahan jelata
Segala perkara diselak diperiksa
Untuk mencari kaedah dan cara
Agar kebajikan dan peluang yang ada
Dapat dirampas dikurangi jumlahnya...

Hati merasa seperti Tuhan
Perlu dihormat perlu dilayan
Terlepas laku terkhilaf tindakan
Pasti dihukum perlu diaibkan
Segala kemudahan perlu ditarik
Kekhilafan lalu cuba dikorek
Hak keperluan mesti dirobek
Agar yang dihukum rasa terdidik
Siapa berkuasa siapa cerdik...

Bila hati telah hitam
Prasangka penuhi sekitar alam
Dengki dan hasad di setiap ruang
Rezeki dan peluang cuba digalang

Lupa Allah lebih berkuasa
Penentu ruang peluang dan laba
Dengan izin perkara tercipta
Bukan hak manusia menafi menista...

Lupa Allah Maha Pembalas
Segala nista tindakan terbabas
Nikmat dan kuasa bisa dirampas
Dari tahta bisa dihempas
Ke lubuk hina dan lebih dina
Melata mencari pelindung dana
Di dedah aib merata buana...

Kehidupann ini...

Kehidupan...

 Zalim rasa hidup ini

Bila diri tidak terbela

Melangkah keluar tidak terdaya

Dek hukum alam sedia terangka

Menghalang langkah memampan rasa

 

Perit rasa hidup ini

Bila niat kian tergalang

Bila cita lama terpendam

Tak kunjung terungkap

Tak pernah kesampaian

 

Keadilan kabur jelas kenampakan

Yang lemah terhimpit

Yang kuat menggigit

Tak siapa peduli

Tak siapa fahami

Kerana hidup ini

Rupanya bukan untuk diri sendiri

Bukan untuk memenuhi kepuasan hati

Tapi hanya untuk diuji 

Sehingga sudah tidak bermaya diri

Baru rasanya akan berhenti

Ke alam baru yang lebih abadi...

Mentari dan Awan

Mentari dan awan

 Mentari...

Sinarmu memberi cahaya

Bahangmu memberi tenaga

Melegakan kedinginan yang menggigit tulang belulang kala kedinginan

Melenyapkan kegelapan penutup pandangan kala pekat malam

Tapi...

Mengapa sinarmu menyucuk mata hingga berpinar pandangan

Mengapa bahangmu membakar diri dalam kepanasan

Sehingga tak terdaya rasanya menghadapi hari mendatang

Tuk dipanahi bahang sinarmu yang kian mencengkam

 

Awan...

Kehadirannya membawa hujan

Membasahi bumi yang kering kontang

Bersama angin dingin menyamankan alam yang kian lama kepanasan

Menyembunyikan tangisan dek luka yang kian lama terpendam

Menyejukkan hati yang remuk redam menahan kesakitan

Tapi...

Mengapa hadirmu mengikis tetebing dan tembok hingga hilang kekukuhan

Mengapa anginmu membawa debu hitam yang mengeruh sungai dan mengaburkan pandangan

Sehingga menyesakkan dada yang kian lama sebak membungkam

Sekian lama berteduh di bawah tebing dan tembok penampan

Sebagai pelindung penahan cahaya tajam dan terik bahang kepanasan

Sebagai penampan simbahan ruah hujan dan tiupan angin kedinginan

Memerhati dari dalam hujan hadir menyejukkan laman mendinginkan tubuh kepanasan...

Namun kiranyanya tebing semakin rapuh, tembok semakin menipis

Membuka segala ruang yang membasah diri diselimuti kedinginan angin dan bahan kepanasan pancaran mentari di tengahari...

Life

Let's talk about life...

 Hmm...

This is what we call
Life...
Each and every second
Everything will be tougher 
Situations are getting rougher 
People come and go
New faces passing by
The challenge never stop
Bothering your peaceful sky

Sometimes you feel bothered
Sometimes you just could'nt care less
Coz everything happen for a reason
Everything is under God's faith
What will happen today
What will come ahead
Is under His watchful eyes
He knows what is best for you
This is the best way to teach 
This can also be a form of trial
Some kind of test to check and balance
All your believe and all your trust
Believe in Him for your own goodsake
You can surely survive...
Insya Allah.

Ujian...

Lindungi aku dari fitnah Dajjal... Ya Allah!

 Ujian...

Hidup
Kerja
Kesihatan
Manusia
Tuhan
4 perkara - 1
Tu yang susah tu...
Nak istiqomah dalam ibadah
Nak elak 
lalai...ujub...riak...taqqabbur
Nak kawal lidah...pandangan...pendengaran...hati...nafsu...perasaan
Macamana nak kusyuk?
Dalam solatpun masih tergiang-giang
Dalam zikirpun masih terpandang-pandang
Tak henti-henti mengganggu fikiran
Besarnya penangan dunia dajjal akhir zaman...

Mayday! Mayday!

Ya Allah!
Mohon bantuan!!!

 
 
Like
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry
 
Comment

Fitnah Akhir Zaman

Ya Allah... lindungi aku...

 Jauhi fitnah akhir zaman...

Jauhi penyebar fitnah akhir zaman...
Jauhi diri daripada terjebak 
Menjadi penyebar fitnah akhir zaman...

Ada mata...tengok
Ada telinga...dengar
Ada mulut...tutup

Tengok...
Dengar...
Boleh...
Percaya sepenuhnya...
Jangan...

Banyak benda tak sahih
Banyak perkara tak jelas
Banyak berita tak pasti
Sejauh mana kebenarannya...

Ada muslihat di sebaliknya
Ada matlamat di hujungnya
Kita bukan yang ampunya cerita
Maha suci Allah yang lebih mengetahui
Hak Dia untuk menghakim
Hak Dia untuk menghukum

Kita?
Lihat diri...
Dengari naluri...
Muhasabah diri...
Masih banyak kekurangan
Masih banyak kekeliruan
Masih banyak kecelaruan
Sedangkan masa untuk bertemu Tuhan
Sudah kian mendekat...
Astaghfirullah
Ampuni aku ya Tuhan...

Mengapa ...

Air mengalir menuju hilir...

 Mengapa mengalir masih ke sini

Sedang di gunung letaknya mentari
Mengapa terus menitis semi
Sedang kicauan beburung di pinggir kali
Tebing masih terus diikat jejambat
Sedang pasir mengikis tepian ombak
Keruhan air masih di kocak
Sedang ikan berenang di hulu permatang

Sampai bila guruh berdentum di kejauhan langit
Sedang hujan kian berkurang titisan
Sampai bila petir memanah di pinggir bukit
Sedang cahaya malap menutup malam

Sepagi menunggu cahaya mentari
Bulan kusam meminggir kelam
Sepagi menunggu embun menitis
Keras kering kesekian curam

Air terus mengalir ke muara
Walau kejernihan kian tiada
Aur terus mengikat bukit
Walau akar terjelir dek hakisan luka...

Hukuman

Siapa kita di sisi Allah?

 Hak menghukum bukan hak kita...

Siapa paling dekat dan siapa paling jauh dari Allah
Makbul atau berkatnya sesuatu perbuatan 
Rahmat atau petaka sesuatu peristiwa
Cabaran atau anugerah sesuatu kehidupan

Hak penentunya bukan hak kita
Tapi hak Pencipta yang Maha Kuasa
Baik... buruk...senang...susah...aman...huru-hara...bahagia...duka
Hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebaliknya

Anugerah mata yang diberi bukan untuk menilai perbuatan orang lain melalui pandangan
Anugerah telinga yang diberi bukan untuk mendengar keburukan
Anugerah hidung yang diberi bukan hanya untuk menghidu bau-bauan
Anugerah kaki, tangan dan jari jemari bukan untuk mencari dan menunding kesalahan 
Lebih kepada untuk kegunaan dalam mendalami, menghayati dan mensyukuri nikmat, ilmu, alam dan ciptaan Tuhan

Kerana itulah tundingan yang satu kepada yang lain
Menghasilkan tundingan yang lebih banyak kepada diri sendiri
Lihat untuk menilai diri
Dengar untuk menilai peribadi
Hidu, sentuh dan sebagainya
Semuanya perlu kembali kepada diri sendiri
Untuk kegunaan peribadi
Ingat...
Akhirat nanti Tuhan tak tanya kita apa yang si Polan tu dan si Polan ni dah buat
Tapi Allah akan tanya apa yang telah diri kita laku 
Menggunakan segala anugerah yang Allah telah berikan...

Anugerah kehidupan...

Persoalan

Ya Allah berikan petunjuk...

 Apakah semuanya bakal berakhir...

Bersama hilangnya kabus pagi
Bersama panahan petir di hujung tanjung
Bersama bentakan dentuman guruh dan guntur 
Hali lintar membawa panahan kilat sambar menyambar
Terpana dek kilasan pelangi yang hadir walau sebentar
Di balik gunung belantara denai...

Sekian kali terpinggir di sini...
Melihat burung berkicau ria
Dedaun pepohon melambai mesra
Tiupan angin sepoi bahasa
Namun bukan ke sini arah tujunya
Kebalik gunung denai belantara
Menyejukkan penghuni yang terlena
Terbuai dek mimpi yang serupa
Yang sebelum ini milik siapa...

Tetebing perlu teguh berdiri
Menampung air yang masih mengalir
Berkocak kencang menuju ke hilir
Bersama dedaun dan ranting menguning
Gugur mengering dek tamparan kencang
Ribut pagi yang tetiba datang
Hanyut bersama deruan petang
Menanti datangnya gelap malam
Menghapus segala keindahan siang...

Allah...
Betapa kejamnya alam buana
Setelah bumi di mamah usia
Tiupan anginmu tak lagi mesra
Sebalik kocakan air di kali
Menggunung ombak menghempas tepi
Menghancur luluh sekelian tambakan
Hanyut di bawa arus zaman...

Apakah telah hilang harapan
Untuk tebingan terus bertahan
Ataukah jejambat bakal putus
Terbakar dek panahan petir dentuman guntur...

Keliru

Kemana hala tuju ku...

 Tak tahu dah macam mana nak berbincang

Tak tahu dah macam mana cara terbaik nak berkata-kata
Kesabaran... kemaafan... tolak ansur... penerimaan...
Rupa-rupanya menjadi punca keretakan
Bukan penghubung hati, jiwa dan perasaan
Nyata telah menjarakkan lagi hubungan

Segalanya makin hari makin jelas
Segalanya makin hari makin nyata
Sepatah ayat bakal memanaskan telinga
Sekilas perilaku bakal menyakitkan mata
Ketampakan diri bakal menyesakkan hati

Terkadang tak tahu nak buat apa
Kegembiraan hanya terpancar di mata
Bila bersama mereka
Bila berbicara tentang mereka
Bukan lagi kesah kita
Hati semakin dingin
Tingkah semakin asing
Bicara semakin kasar
Apa yang tinggal hanyalah keberadaan yang separuh hati
Atas dasar tanggung jawab agaknya
Atas dasar belas kasihan kiranya...

Kalau memang hati sudah kosong
Rasa sudah tiada
Tutup saja cerita luka
Pergilah...
Ke tempat yang lebih mengembirakan 
Yang memenuhi rasa hati
Yang memenuhi citarasa
Yang memuaskan perasaan

Lupakan saja cerita di sini
Kisah sejarah silam
Kisah cinta lapuk 
Yang semakin hari
Semakin hilang maknanya
Semakin hambar rasanya
Semakin pudar nikmatnya
Kerana sejarah kita bakal lupus tarikhnya
Bakal sampai ke penghujungnya
Bakal tamat ceritanya
Ditelan zaman yang sudah berubah
Bersama luputnya sisa-sisa usia...

Jika itu memang kehendak sebenar
Jangan ditipu lagi hati 
Jangan dibebani lagi perasaan 
Demi kebahagiaan diri
Demi kepuasan hati
Lupakan saja...

Tak sanggup lagi diri ini menjadi beban
Yang menyesakkan dada
Yang menggusarkan perasaan
Yang menyakitkan hati dan jiwa...

Hukum Allah

Hukum Allah

Jangan meremehkan hukum agama yang telah termaktub ... hanya kerana kononnya ada segelintir penguasa yang bersikap langgar.

Hukum itu perintah Allah... wajib dipatuhi...tak ada dakwa dakwi. 
Hukum Allah itu selamanya adil kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia
Kerana Dia penciptanya.

Penguasa itu pula manusia... tetap juga melakukan kesilapan dan dosa.
Jangan jadikan perbuatan manusia menghalang kita melaksanakan perkara yang sepatutnya.
Telah hilang yakin ke kita pada Allah.... takdir Allah... ketentuan Allah?

Jangan mendabik dada seolah-olah kita ni terlalu mulia...
Walau tak tergambar dek kata-kata... tapi terlihat daripada sikap dan pandangan kita terhadap manusia lain...
Dijamin syurga kah kita... dijamin neraka kah dia?

Hak manakah yang telah Allah anugerahkan kepada kita untuk berfikiran dan berpendapat sebegitu?
Lupakah kita pada firman Allah yang memerintahkan kita melakukan perintahNya dengan yakin ...... kerana itu hak Allah yang wajib ditunaikan...

Kemungkaran... kejahilan...kerosakan... terjadi dengan izin Allah...
Jadi atau tak jadi itu... juga hak Allah yang mengizinkan.
Tunaikan hukum yang telah ditetapkan...nescaya segala kebaikan akan mendatang... kemungkaran, kejahilan, kerosakan juga akan dapat disembuhkan dengan pertolongan Allah... kerana Allah itukan sentiasa ada dan sentiasa bersedia untuk membantu hambanya yang yakin dan taat...

Wallahu 'alam...

(Muhasabah)

????

 

Am I?
Now?
Should I?
Why should I?
Am I supposed to?
Do I have to?
What if?
Could I?
How?
Can't I?
Why can't I?
Is that it?
Anything else?

*Any other questions to ask?
Suggestions please....

 

January 8 2017

Attitude of gratitude

For every cloud... there is a silver lining for sure...

Attitude ...
A price tag
That shows oneself values
That gives power over circumstances
Preventing it from overpowering you
A magnet of what you think will attract to you
A strength,
An energy,
A motivation
An initiatives
That lead oneself to virtues.

An attitude of gratitude
Is a rare case nowadays
A feeling of thankfulness
Of everything that we gain
Appreciating assistance
No matter how small it may
Understanding oneself
Nothing but a humble human being

Gratitude is actually an attitude by itself
It can bring difference to human life
Signifies an act of great magnitude
Discovering joy in the smallest thing you pursued
Helping discovered the value of life
The needs to connect
The need to survive
 With other human being, with nature and the universe.

Attitude for gratitude
Is being thankfulness
The natural beauty of the human world
Give thanks for a little
You will find a lot
The happy heart gives away
The best that it got
To know how to receive
Is the most important gift
Its cultivate generosity and
Keep sake of strong cycle to live
When feeling downcast remember this
The world was created for your own benefits

So stop complaining and spread out good deed.

Under affliction in the very depth
Stop and contemplate
At what you have that is great
Be a thankful person under all circumstances
Coz a complaining soul
Complains even in paradise...

So
The more gratitude you have
The more thankful you become
The happier person you will be...

 

ALHAMDULILLAH!

 

December 5, 16

Coward

Looking to the future, present and past...

I laugh outside
I smile outside
But
Am I really smiling
Am I really laughing

Smiling at the face that I hate
Laughing at the joke that they make
Even though there are not funny at all
Even though deep down inside
I am crying
I am wounded
Red blood creeping down my vein
Hurting my heart
Hurting my mine
Hurting my soul

I hate myself
I hate my life
I hate the path that I am taking
I hate the faith I am facing
I hate everything I am seeing

But I keep on smiling
I keep on laughing
To the face that I hate
To the joke that they make
The not so funny joke
That are hurting me
Stabbing deep inside me

What am I doing now
Afraid to fight for my right
Afraid to find my own happiness
Afraid to face the unknown
Am I doing it for Allah
Or
Am I doing it because...
I am actually
A coward.

 

December 5, 2016

Nafsu dan Fitnah

Jauhi kami dari fitnah dunia...

Nafsu Kamilah
Nafsu Mardhiah
Nafsu Radhiah
Nafsu Mutmainah
Nafsu Mulhamah
Nafsu Lauwamah
Nafsu Amarah
Nafsu Harakah

Manakah ini perlu buatku
Manakah ini seperti satu
Manakah ini dekat sepadu
Hingga mudarat diri dan kalbu
Manakah ini pengubat duka
Manakah ini penebus dosa
Manakah ini mustahil ku gapai
Kerna milik si bijak pandai
Yang kenal erti hidup dan Tuhan
Yang sedar matlamat seorang insan
Tidak lepa mainan dunia
Mencari bekalan akhirat sana
Milik golongan  para anbia,
Sahabat solihin pengikut setia
Pejuang agama pendakwah terbilang
Rela syahid di medan perang

Dalam gejolak fitnah se zaman
Ku ragui kini pelbagai makluman
Tanpa justifikasi tanpa pedoman
Tersebar luas tanpa sekatan
Ku khuatiri onar melibat diri
Dek pengaruh khabaran lebih sensasi
Telah diolah telah dimanipulasi
Dipandu di arah pelbagai kelasi
Menjatuhkan hukuman tanpa bukti dan saksi.

Aku tak mahu diri terperangkap
Dalam jaringan samarnya jerangkap
Kaum pedusta bernafsu cemerkap
Menyebar dusta berita tak lengkap
Yang jelas mampu menggejolak nafsu
Merubah adab kepada biadab

Aku tak mahu diri tersandung
Dalam fitnah yang tidak terbendung
Menarik insan berboyong-boyong
Memenuhi kehendak nafsu pendorong
Nafsu penyebar dusta amarah
Golongan pemfitnah yang sudah parah
Dengan agenda sebalik laku
Memandu nafsu menurut dungu
Akhir sedar sudah terlewat
Pabila dusta memberi akibat
Sesama manusia berbuat khianat
Tanpa tersedar turut syubahat

Di Mahsyar kelak menanggung akibat
Balasan tersekat dek dosa syubahat
Terpaksa mencari di celahan umat
Untuk mendapat keampunan dan berkat
Dari mereka yang tidak dikenali
Menjadi mangsa luahan jemari
Neraka akhirnya tempat menanti
Syurga kekal di dalam mimpi.

Ya Allah
Lindungi diriku dari fitnah
Yang tak lain hanya membawa padah
Buat diri dan golongan mangsa
Yang terperangkap tidak sengaja
Dek media sosial punya angkara

Lindungiku dari sifat terlarang
Perbanyakkan sabar bertindak tenang
Jauhkan dari nafsu amarah
Pabila disuap kenyataan dan tohmah
Agar tindakan lebih terjurus
Berfikir dahulu sebelum berurus

Kumpulkan aku bersama mereka
Yang menghargai masa memperjuang agama
Demi kemaslahatan umat manusia
Bekalan diri ke alam abadi
Alam kekal alam diberkati...

 

December 2, 2016

Badan oh badan

Semakin melebar huhuhu!

Wahai badan

Mengapakah kau kebelakangan ini

Adakah sedang berpiket

Ataukah sedang berdemonstrasi...?

 

Aku tahu

Tidurku tidak tentu

Kebelakangan ini...

Aku tahu 

Aku banyak duduk

Daripada berdiri...

Apatah lagi

Berjalan mahupun berlari...

 

Tuntutan tugas 

Membuatkan senamanku terculas

Tuntutan selera

Menjadikan perut memulas

Malangnya toksik tidak keluar

Longgokan lemak makin membesar...

 

Duhai badan

Ku tahu diet yang kau perlukan

Makanan sihat makanan seimbang

Pengambilan air perlu dilebihkan

Protein menjadi menu keutamaan

Karbo dan gula perlu ku sisihkan...

Tapi selera ni tak mahu berunding

Pantang melihat kek dan puding

Nasi Arab, nasi lemak, mee goreng

Apatah lagi kalau coklat dan aiskrim...

 

Telah ku cuba elak-elakkan

Tapi mereka rajin bertandang

Tak boleh harapkan saja 

Mata memandang

Kena rasa sedikit, takut kempunan...

 

Oh badan

Nasihatkan lah si tekak

Suruh bertabah

Dah susut nanti boleh la ubah

Sekarang cubalah bersabar sekejap

Makan je yang perlu 

Tak payah nak sedap-sedap...

 

Ransangkan juga

Si tangan dan kaki

Agar bawa kau ke sana ke mari 

Bukan hanya ke sofa dan bantal

Takut nanti terus membuntal...

 

Mata tu suruh segera tidur

Bila jam lewati dua belas

Buka semula sebelum subuh

Barulah kau jadi cergas...

Ini dah lewat baru mengantuk

Depan tv tidur terduduk

Pergi ke bilik jaga semula

Guling kiri guling kanan

Tak mengantuk pula...

 

Banyakkan bersenam dan minum air

Baru lah lemak tu cepat cair

Kalau susah-susah sangat

Bawa bersahur dan puasa sunat

 

Hati tu kene kuat

Banyak tafakur banyak munajat

Pedulikan masakan yang hebat-hebat

Oat pun oat lah asalkan sihat...

 

Badan aduhai la badan

Berusaha lah ye....

 

November 25, 2016

It is you...

Happy Faces

Who ?
Where?
Why?
What?
When?
How?
Who am I... really?
Where am I heading... anyway?
Why am I here... actually?
What is my purpose... in living?
When it is going to end... in me?
How am I going to face it... then?
These questions...
Keep hitting me...
Keep haunting me...
Keep bothering me...
Waiting for an answer...
A correct answer...
An absolute answer...
But
Is it going to be the correct one?
Is it going to be the absolute one?
Or
Is it going to be...
Dreams that can never be fulfilled?
Is it going to be...
Secret that can never be revealed?
Is it going to be...
Hopes that can never be answered?
Is is going to be...
Targets that can never be reached?
For...
I am only human...
Full of flaws...
Full of weakness...
Handicapped in all aspect...
Still...
While I am here...
I want to be recognized...
I want to be appreciated...
I want to be respected...
I want to be hold...
I want to be loved...
I want to be happy...
But...
Does those those things
Really important to me?
Coz...
If I am expecting it 
To come from other human beings...
I am going to be dreaming
All the way to my dreamy land...
That can never be ending...
For there is no other human being...
Who is really willing...
To do those things to others...
Before doing it to themselves first...
So...
I, my self and me...
Please wake up...
Stop kidding yourself...
Recognisation, respect, appreciation, 
Love and happiness...
Can only come from within...
It is you who can make them happen...
It is you who can fulfill those emptiness...
It is you who can surpass those feelings...
Let us love ourselves...
Let us be happy...
Let us be free...

 

November 17, 2016

Kekasih Abadi

Kekasih Abadi

Kekasih...

Di hening bening dingin malam ini

 

Ku kosongkan fikiran

Ku tutupi hati

Ku padamkan perasaan

 

Dari segala bisikan

Dari segala kata-kata

Dari segala al-kisah

 

Yang telah mengabui mata

Yang telah menyumbati telinga

Yang telah melukakan hati

Yang telah membutakan rasa

 

Hanya untuk mendakapi

Hanya untuk mengingati

Hanya untuk mengabdi

Hanya untuk merasai

Kenikmatan apabila bersama.

 

Namun...

Mengapakah ketika bersama,

 

Fikiran ini sentiasa melayang entah ke mana

Perasaan ini sentiasa ragu-ragu dengan apa yang telah diperkata?

Hati ini sentiasa terpana dek bisikan-bisikan

Yang melalaikan perasaan

Yang membuai hati

Yang merombak fikiran...

 

Sehingga terpana diri dek masa yang berlalu

Masa yang seharusnya indah

Masa yang seharusnya manis

Masa yang seharusnya shahdu

Antara aku dan diriMu...

 

Kadang terpancul di benak fikiran

Apakah belum cukup keimanan

Apakah belum teguh ketakwaan

Apakah belum kukuh kekusyukan

 

Sehinggakan diri ini jadi lalai

Sehinggakan diri ini jadi leka

Sehinggakan diri ini jadi alpa

Dek godaan, dambaan, harapan palsu

Mainan dunia...

Kekasih...

Kasihanilah aku

Bimbingilah diriku

Bantulah aku

 

Agar dapat terus mengecapi nikmat cintaMu

Agar dapat terus merasai nikmat kasihMu

Agar dapat terus menghayati nikmat Rahman dan RahimMu

 

Agar aku dapat menjadi lebih kuat

Agar aku dapat menjadi lebih teguh

Agar aku dapat menjadi lebih utuh dan kukuh

Dalam menghadapi dugaan dan cabaranMu

 

Agar diri ini tidak tersesat

Agar diri ini tidak hanyut

Agar diri ini tidak tersasar jauh

 

Dari jalanMu

Dari kasih dan sayangMu

Dari hikmah dan hidayahMu

 

Wahai Kekasih Abadiku...

 

 

September 19, 2016

Salahkah...?

Alam Melayu

Salahkah aku berbangsa Melayu?

Salahkah aku beragama Islam?

 

Tak Islamikkah aku kerana beriadah dan berlibur?

Tak Patriotikkah aku kerana berjubah, berkopiah dan berbahasa Arab dalam mengucapkan salam?

 

Tak bolehkah aku berinteraksi dan berbicara

Ala-ala Rasulullah saw

Tanpa menukar identiti kemelayuan?

 

Tak molekkah aku berbudaya dan bersosial

Ala-ala Tun Fatimah dan Datuk Bahaman

Tanpa mengetepikan ciri-ciri keIslaman?

 

Salahkah Melayu kerana budayanya?

Salahkah Islam kerana syariatnya?

Salahkah al Quran kerana bahasanya?

Salahkah Rasulullah saw kerana bangsa keturunannya?

 

Apakah yang harus dperjuangkan?

Melayu atau Islam?

Bangsa atau agama?

Ekonomi atau akhlak?

Hafiz atau teknokrat?

Syariat atau syiar?

Harmoni atau realiti kehidupan?

 

Katanya tudung di kepala, kopiah dan jubah,

Bukan pengukur iman di dada...

Kerana Abu Jahal juga memakai pakaian yang sama.

 

Katanya peradaban dan penggunaan bahasa al Quran,

Bukan pengukur Islamnya seorang manusia...

Kerana bahasa dan budaya Arabiyah juga menjadi pegangan dan bahasa pertuturan puak kafir Quraish dahulu kala.

 

Konon dek terlalu mengejar ilmu dunia,

Melayu tersasar daripada Islamnya.

 

Konon dek terlalu menggunakan teknologi semasa,

Generasi Melayu baru semakin hilang arah tujunya...

 

Jadi ke manakah harus dibawa

Jati diri bangsa dan agama?

 

Apakah pegangan dan perjuangan

Yang harus dipegang dalam hati dan jiwa?

Zahiriah, batiniah, nasionalis, fundamentalis?

 

Jika bangsa yang dipilih,

Maka Asabiyah Bangsalah konon gelarannya...

 

Jika agama yang dipilih

Maka Fanatik dan Melayu Sempitlah pula tohmahannya...

 

Bukankah sinonim Melayu di alam buana ini...

Islam anutan agamanya?

 

Bukankah sinonim budaya bangsa ini...

Jati diri Islam menjadi asasnya?

 

Bukankah telah termaktub dalam kata-kata adat Melayu lama...

'Adat bersendikan hukum... hukum bersendikan Qitabullah (Kitab Allah)'?

 

Bukankah perjuangan Islam itu...

Hasanah fid dunya, hasanah fil akhirah?

 

Peri hubungannya berlandaskan

Fardhu ain dan fardhu kifayah?

 

Jadi tak salahlah kalau dikatakan...

Melayu itu bekas atau kontenernya

Dan Islam itu intipati isi kandungannya...

Tak mungkin terpisah antara kedua-duanya.

 

Oktober 17, 2016

Mencari Redha Mu

Umrah 2009

Mencari redha mu ya Illahi

Acap kali

Menjadi kata ucapan di lidah ini

Menjadi kata harapan di hati ini

Menjadi kata igauan di minda ini

 

Kerana sesungguhnya...

Lidah, minda dan hati

Tak selalunya berjalan seiring

Tak selalunya berirama senada

Tak selalunya seiya sekata

 

Apatah lagi

Jika diganding dengan amalan diri

Jelas tersasar dek situasi

Yang mencabar minda dan hati...

 

Betapa sukar mencari keikhlasan

Betapa payah membuang keegoan

Betapa pedih menghilangkan rasa kebanggaan

 

Yang datangnya tanpa diundang

Yang menghapuskan rasa keikhlasan

Yang menyuburkan rasa keegoan

Yang meninggikan rasa kebanggaan

 

Terhadap kelebihan diri

Terhadap ilmu dan bakat yang dimiliki

Terhadap setiap perbuatan

Terhadap rupa paras dan susuk badan

Terhadap harta dan kedudukan

 

Sehingga terlupa untuk mensyukuri

Bahawa semuanya milikmu jua ya Illahi

Bahawa semuanya bersifat sementara

Bahawa semuanya tak lain

Hanyalah umpan dunia

 

Yang bakal menyusutkan pahala amalan

Yang bakal menenggelamkan sifat kehambaan

Yang bakal membawa kepada kekufuran

 

Kufur nikmat... kufur amalan

Yang telah menjatuhkan azazil ke lembah kehinaan...

   

Ya Allah...

Ku pohonkan bantuan

Berikan daku kekuatan

Memerangi segala kejahatan

Yang terbit dari hati dan perasaan

Akibat dari segala perbuatan dan kata-kata

Yang zahirnya murni dan indah

Tetapi boleh menyuburkan racun yang membinasakan

 

Racun berupa sifat ujub,

takabbur, taksub,takjub

Dan yang sewaktu dengannya

Agar diri ini terus istiqomah....

 

Oktober 5, 2016

Pedih

Kelam Maran...

Ucapan..

Umpama duri yang menusuk

Umpama api yang membakar

Umpama pisau yang menghiris

 

Tembus ke lubuk dalam

Tajam menikam, membenam

Tanpa belas tanpa kasihan

Tanpa sekelumit pemahaman

Tanpa setitis kasih sayang

 

Ugutan demi ugutan

Tuduhan demi tuduhan

Cemuhan demi cemuhan

Penuh pra sangka

Penuh kemarahan

Penuh kebencian

 

Rentak berubah sekelip mata

Sebentar tenang jernih nyaman

Tiba-tiba keruh berkocak ganas

Sederas petir menyambar

Guruh berdentum menggegar damai

Lantaran tersilap mengorak langkah

Lantaran tersasar mengatur tingkah

Lantaran terlanjur menyusun kata

 

Terlalu besar kira dosanya

Terlalu dalam kira lukanya

Punah kiranya segala-galanya

Angkara sasaran sedikit menyimpang

Angkara langkah sedikit tersandung

Angkara bicara sedikit sumbang

 

Sehingga...

Tiada lagi ruang kemaafan

Tiada lagi persefahaman

Tiada lagi belas kasihan

 

Amarah benci dan dendam

Terhambur bersama patah kata

Berselang seli bercampur baur

Mempamer rasa membongkar cita...

 

Sedarkan diri

Sedarkan ruang

Apakah perlu teguh berdiri

Dalam ruang yang kian sempit menggigit

Dinding membongkar menusuk tubuh

Menanti masa pecah berderai

Atas nama setia

Atas nama sabar

Atas nama Allah Azzawajalla...

 

Ya Allah berikan petunjuk

Agar aku tetap zuhud

Agar aku tetap teguh

Berpegang pada amanah

Agar tidak tersasar langkah

Dek mengikut rasa, hati dan jiwa

 

Dek hilang pedoman menempuh duga...

 

Ogos 9, 2016

Cubaan

Anugerah? Cubaan?

Jalanan penuh berliku

Lelorong sempit berbukit tinggi

Bersirat simpang beranjau tajam

Sarat berlumpur licin ngeri...

 

Sekatan demi sekatan

Runtuhan demi runtuhan

Gelap, kelam tanpa seri

Sejak dulu hingga kini

Tak kunjung-kunjung berhenti...

 

Katanya syurga di hujung sana

Katanya hikmah di lorong sempitnya

Katanya mulia diketajaman durinya...

 

Sesekali muncul cahaya terang

Berputar-putar menggamit datang

Ternyata terang hanya dikejauhan

Pabila dekat penuh kelam...

 

Terkadang mewangi haruman mawar

Menggamit hati membelai sayang

Malang berselirat duri di tangkai

Berdarah diri diragut kejam...

 

Katanya sabar ubat kerisauan

Katanya redho ubat kekecewaan

Katanya tawwakkal ubat kekeliruan...

 

Tapi...

Sampai bila agaknya ya...

 

Suka hanya seketika

Laranya berkurun lama?

 

Doa...tawwakkal... redho

Yang sukar akan senang akhirnya

Yang pedih akan sembuh lukanya

Yang gelap akan terang cahayanya

 

Yakah?

Bilakah?

Di manakah?

Bagaimanakah?

 

Segalanya boleh digapai

Segalanya boleh dinikmati

Segalanya berlalu pergi sepenuhnya?

 

Ya Allah...

Kuatkan semangat ku

Tabahkan hati ku

Teguhkan kesabaran ku

Damaikan jiwa ku

Pimpini aku

Agar tetap berada di atas jalanmu

 

Kerana aku takut akan tersasar

Ketika sebak mengetuk hati

Ketika kecewa menghambat jiwa

Ketika keliru mengolah fikiran

Ketika ketakutan menyelubungi diri

 

Kerana segalanya...

Hanya seorang aku yang tahu

Hanya seorang aku yang mengerti

Hanya seorang aku yang menanggung

 

Jauh di lubuk jiwa

Jauh di dasar hati

Hanya seorang AKU

 

DAN KAU ILAHI...

 

Ogos 7, 2016

Sangkaan

Mencari Diri...

Cakap salah

Tak cakap salah

Tanya salah

Tak tanya salah

Hidup ini sentiasa dalam serba salah

 

Apa hikmahnya Allah beri hati

Yang tersimpan kemas di dalam dada

Yang hanya yang punya hati tahu

Apa yang terkandung di dalam hatinya

Yang tak dapat ditelah oleh sesiapa

Kecuali digambarkan dengan budi bicara

 

Apa hikmahnya pemberian otak

Yang terletak cermat di batu jemala

Yang mengolah akal dan buah fikiran

Yang hanya diketahui jika dimaklumkan

 

Bagaimana boleh wujud buruk sangka

Kenapa boleh wujud salah sangka

Apa puncanya pra-sangka

Bila pula terkenampakkan yang tak disangka-sangka

 

Bagaimana pula dengan diri

Sebagai insan... makhluk ciptaan Illahi

Bagaimana seharusnya kita membentuk fikiran

Bagaimana seharusnya kita mentadbir hati

 

Apa sebenarnya maksud pra-sangka

Apakah itu buruk sangka

Apa puncanya salah sangka

Bagaimana kalau terjadi yang tak disangka-sangka

 

Semuanya terletak di dalam hati

Semua terbentuk di dalam fikiran

Putih hati putihlah fikiran

Hitam hati hitamlah fikiran

 

Tapi yang mana satukah putih

Yang mana satukah hitam

Putih kata ku

Mungkin hitam pada fikiran orang

Hitam fikirku

Tetapi putih pada pandangan orang

 

Allah jua maha mengetahui segalanya...

 

LEBIH BAIK DIIIIAAAAM!!!

 

Ogos 4, 2016

Begitulah Seterusnya...

Comel di Mata

Cantik, sedap, merdu

serta apa saje yang ditekuni

kesemua deria rase

anugerah Allah yang Maha Esa

sebenarnya bersifat subjektif.

Terpulang pada individu yg menerimanya...

 

Cantik di mata ku

belum tentu cantik di mata yang lain.

Merdu di telinga ku

belum tentu merdu di telinga yg lain.

Enak di tekak ku

belum tentu enak di tekak yg lain.

Begitulah seterusnya...

 

Semuanya ini nikmat

anugerah unik Yang Maha Berkuasa...

Jadi tak perlulah dipertikai

apa lagi dicemuh pilihan orang lain

hanya kerana ianya tak menepati cita rasa kita.

 

Tak perlu mencuba memahami...

dan mempersoalkan

dengan kenapa dan mengapa...?

 

Bersyukur saje atas nikmat yang diberi

dan belajar menghargai pilihan orang lain

kerana setiap insan ciptaan Illahi

adalah unik dan istimewa...

 

Kenyataannye mudah...

Wanita paling jelita di mata ku -

arwah bonda tercinta,

Lelaki paling segak dan kacak –

Sudah tentu ayahanda

Masakan paling enak –

hidangan bonda

Laungan azan paling merdu –

suara ayahanda...

 

Begitulah seterusnya...

 

Jun 10, 2016

Kini ku Tahu

Untuk Kesekian Kali...

Kini, aku tahu apa itu PERIH,

kini, aku tahu apa ertinya hidup,

kini, aku tahu apa ertinya terluka...

 

Kini aku tahu,

apa ertinya menunggu dan mengharap,

memahami dan difahami,

menyayangi dan disayangi...

 

Semua telah ku rasakan kini,

terkadang bersama senyuman dan senda gurau,

lazimnya bersama airmata...

 

Bahkan kepedihan maha berat,

telahpun ku alami kini,

setelah bertahun mengharungi,

kedukaan yang datang tak kunjung henti...

 

Andainya kau tahu apa yang ku mahu,

andai kau faham apa yang ku inginkan...

 

Apakah masih ada sesuatu yang mampu membuatku bahagia?

Kerana hanya itu yang ku mahu kini,

Kerana hanya itu yang mampu mencukupi diri ini...

 

Kebahagiaan yang cukup sederhana,

yang memenuhi realiti kehidupan,

yang mengutamakan tanggung jawab dan pengertian,

kebersamaan dan keadilan

kasih sayang dan kesetiaan...

 

Ya! Aku tahu...

Aku yakin...

Di sebalik semua dugaan,

pastikan ada kebahagiaan yang tertunda...

 

Namun realiti kehidupan,

terkadang sering membuatku terdiam,

merenung jauh ke hadapan,

ke satu arah yang kabur dan kusam,

yang semakin menenggelamkan cahaya terang,

yang sedia adanya hanya mampu menyuluh bebayang...

 

Mengapa duka datang terus-terusan?

Tak kunjung henti tanpa belas kasihan?

Apakah tidak ada jalan penyelesaian?

Apakah tidak ada hak bagiku,

untuk mengecap walau sekelumit kepuasan, kenikmatan dan kegembiraan...?

 

Aku hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis...

 

Ku pohon belas Yang Maha Esa,

cukuplah dengan kedukaan yang ada,

cukuplah dengan derita yang menimpa...

 

Kerana...

Dalam hidup ini seperti dapat ku jangka,

di setiap kecerahan sementara,

pastikan datang duka nestapa,

yang menenggelamkan harapan,

yang meluluhkan cinta,

yang memusnahkan cita...

 

Tak berani ku jangka lagi,

pada sesuatu yang bakal terjadi,

hanya keajaiban dapat memulihkan hati ini…

 

Julai 15, 2016

Muhasabah

Bertabahlah...

Musibah ini...

Malang bagiku

atau...

Malang bagi yang ampunya diri...

 

Yang hanya mengejar matlamat semasa

penuhi keperluan singkat jangka masanya

 

Yang jelas

bakal menariknya dari pintu syurga

Pintu yang jauh lebih membahagiakan

berbanding kepuasan dunia

yang jelas sementara sifatnya.

yang tak seindah mana hasilnya

menjadi umpanan api di pintu neraka.

 

Apakah telah mati akalnya?

Apakah telah buntu fikirannya?

Apakah telah putus harapannya

untuk mencari jalan redha?

 

Hingga sanggup menggapai bara

yang manfaatnya tiada apa-apa

malah bakal merobek tulang belulang

menghancur luluhkan tubuh badan

lecur lepuh kehidupan

Duniawi, alam barzah malahan akhir zaman.

 

Duhai kawan...

Ku pohonkan hidayah

masuk terus ke dalam hati dan fikiran

Agar dapat menjenguk jauh ke dalam

 

Apakah telah hilang nilai kemanusiaan

Hilang dek tekanan, dugaan dan cabaran

kehidupan di akhir zaman.

 

Apakah kerana sebutir dugaan Tuhan

Yang cuba mendewasakan akal dan fikiran

Menguji minda memilih jalan

Ke kiri mahupun ke kanan.

 

Yang kelihatannya indah di permukaan

berduri ranjau di balik tirai kehidupan

Sebalik jeriji api menjulang

mengusir jauh perantau kehidupan

dari jalan kebenaran

 

Jalan suci jalan abadi

Yang di rahmati diredhai

Malah lebih indah dan aman

 

Oh Tuhan....

Kurnia daku kesabaran

Hapuskan kesedihan dan rasa terkilan

Kerana dalam naluri akal dan fikiran

Kusedari kedudukanku di sisimu Tuhan.

Segala-galanya hanya pinjaman

Tiba masanya kepadamu jua segala-galanya dikembalikan.

 

 

Ogos 28, 2016

Lagi?

Klik di sini untuk ke laman seterusnya