Assalamualaikum...Segala hasil nukilan di laman ini adalah hak milik  diriku  sendiri... perkongsian dibenarkan dengan catatan petikan dan kebenaran...   Sila klik pada Menu untuk melihat lebih banyak bahan mengikut topik .

Selamat Datang and Welcome

INDAHNYA LUKISAN ALAM CIPTAAN TUHAN...

Kesah Kembara...

Labuan

Kembara ku bermula sejak dilahirkan

Ke Kluang, Johor mengikut abah atas tuntutan tugasan

Setelah sebelas tahun di sana kami diperintahkan

Berhijrah ke Tawau, Sabah satu angkatan.

 

Tujuh hari tujuh malam kami menanggung

Di atas kapal kami berkampung

Merentas Laut China Selatan beramai-ramai

Menuju tanah Sabah yang indah dan permai.

 

Setahun di Tawau, aku ditawarkan

Melanjut pengajian di Sanzac, Sembulan

Gembira nian, semangat membara

Ingin merasa hidup di asrama.

 

Dua tahun di sana tidak tertahan

Setiap kali beraya seorang

Kerana cuti hanya beberapa hari

Bersama rakan dan guru sahaja ku sambut Aidil Fitri.

 

Daripada abah ku dengar berita

Angkatannya akan berpindah semula

Ke Taiping, Perak tempat tujuan

Hatiku mula tidak keruan.

 

Ku temui pengetua mohon saranan

Mengikut keluarga atau ditinggalkan

Biasiswa Yayasan Sabah sanggup ku lepaskan

Asalkan dapat pulang ke pangkuan.

 

Setahun di Taiping, abah memohon

Bersara awal dan balik kampung

Mula kembali hidup ceria

Duduk sekampung bersama Atok dan Uwan tercinta.

 

Selesai STPM aku ditawarkan

Ke UiTM melanjut pelajar

Bermula semula hidup kembara

Di PJ Old Town tempat bermula.

 

Selesai pengajian aku ditawarkan

Sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan 

Di PPANS menimba pengalaman

Sebelum meneroka ke alam pendidikan.

 

Bermula sebagai guru sambilan

Di sebuah pusat tuisyen aku mengajar

Atas permohonan pertolongan seorang rakan

Pengalamannya membuatkan aku tersedar.

 

Bidang pendidikan rupanya bidangku

Kepuasan ku perolehi daripada muridku

Jelas terpancar kepuasan di wajah

Apabila pengajaranku memberikan faedah.

 

Tidak henti murid menghubungi

Walaupun telah selesai peperiksaan diduduki

Mohon aku datang kembali

Mencurah bakti di bidang ini.

 

Akhirnya aku mengambil keputusan

Ke SMASU Jempol tempat tujuan

Bermula kehidupan di persekitaran persekolahan

Sebagai pendidik anak bangsa yang perlukan bimbingan.

 

Dua tahun di SMASU aku di tawar

Mengambil KPLI di IPG Raja Melewar

Setahun setengah aku di sana

Menimba ilmu membina kerjaya.

 

Selesai pengajian aku berpindah

Ke SMK Bandar Baru Serting aku di arah

Tiga tahun di sama destinasiku berubah

Ke SMK Serting Felda pula aku dikerah.

 

Dua tahun di sana aku ditawarkan

Melanjut Sarjana di UTM Skudai

Anak dan suami terpaksa ku tinggalkan

Ilmu pengurusan pendidikan pula cuba dituai.

 

Selesai pengajian destinasi ku berubah

Ke IAB Genting Highlands aku bertabah

Tinggal sendiri di asrama induk aku diusul

Sementara menanti suami dan anak kemudian menyusul.

 

Dua tahun bertugas aku ditawarkan

Melanjut pelajar peringkat kedoktoran

Sedih hati tidak keruan

Terpaksa keluar daripada jabatan.

 

Ke UKM Bangi tempat di tuju

FTSM fakulti menuntut ilmu

Alhamdulillah selesai pengajian

Ke IAB Genting Highlands semula aku diarahkan.

 

Sehingga kini ku masih di sini

Berkongsi idea mencurah bakti

Pelbagai pengalaman pelbagai cerita

Ku peroleh daripada para peserta.

 

Di laman ini ku curahkan rasa

Perkongsian pengalaman dan dugaan ku terima

 

Sebagai kenangan juga ingatan

Melega naluri melapangkan fikiran....

 

~24 November 2016~

SEMOGA KEHIDUPANKU TETAP BERADA DI ATAS JALAN YANG KAU REDHAI YA ALLAH...

7 Kunci Kebahagiaan

~Semoga kehidupanku mendapat Rahmatnya~

1. Jangan Benci

2. Jangan Sedih

3. Bersederhana

4. Buat Kebaikan

5. Banyak Memberi

6. Senyum

7. Perbanyakkan Doa untuk Diri dan kaum Mukmin...

 

 

(Saidina Ali Abi Thalib)

November 24, 2016